Ahad, 11 November 2012


Program pertukaran budaya (PBB) Malaysia dan Pramuka Indonesia 2012

Assalamualaikum dan salam 1malaysia….                                                          
Saya emelia ingin memohon maaf kerana baru sekarang dapat menyiapkan laporan ini..
Sebelum saya membuka bicara, izinkan saya menyampaikan apa itu  PRAMUKA.. PRAMUKA ialah suatu organisasi menformal yang menyelenggarakan pendidikan kepaduan yang dilaksanakan di Indonesia. PRAMUKA merupakan singkatan dari perkataan “praja muda karana” yang membawa maksud erti rakyat muda yang suka berkarya. Tujuan adanya pramuka ini adalah untuk membentuk keperibadian dan akhlak mulia untuk kaum muda. Justeru, menamakan semangat kebangsaan cinta akan tanah air dan bela Negara.




Logo PRAMUKA

Sekarang saya akan menceritakan tentang perjalanan saya disana dan perbezaan budaya di Indonesia dengan Malaysia. Kami pergi ke sana pada tarikh  30 Jun 2012 hingga 7 Julai 2012 yang dianggotai 30 orang pelajar dari seluruh Malaysia
yang telah terpilih bagi mengikuti Program Pertukaran Budaya Badan Beruniform bersama Pramuka Indonesia.


Semua murid termasuk guru kami

Pada tahun ini, kami bertempat di Kota Pontianak. Menurut kami, dinamakan Kota Pontianak ialah, pada zaman dahulu Kota Pontianak dipenuhi dengan Hantu Kuntilanak. Semakin hari Kota Pontianak semakin maju. Pelbagai bagunan dibangunkan disana. Dengan itu, secara automatic Hantu Kuntilanak semakin berkurangan kerana Bandar Kota Pontianak dipenuhi dengan ramai penduduk tempatan. Dengan itulah dinamakan Kota Pontianak. Selepas itu, kami mengambil masa 13jam lebih untuk sampai di Indonesia. Pelbagai ragam pelajar yang berda didalam bas itu.

Sebelum kami menjejak kaki di Kota Pontianak, kami ditempatkan di SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor, Setampin, Sarawak. Disana kami mnejalani latihan  pusat, segala keperluan kami diagihkan pada malam kami bertolak ke Indonesia.


Sekolah tempat kami menginap buat sementara


Persiapan untuk membuat persembahan di Indonesia

Sedikit sebanyak taklimat untuk pergi ke Indinesia


Selepas itu, perjalanan kami ke sempadan Entikong/Tebedu mengambil mase beberapa jam. Tibanya di Tebedu, kami diarahkan untuk mengisi borong pelancong dengan bantuan beberapa pengawai Kastam di sana . sampai di Tebedu, kami mengambil beberapa jam lagi untuk sampai ke Kota Pontianak, kami perhatikan jalan disana agak teruk, dengan jalannya yang sempit, berlubang-lubang dan macam-macamlah sehinggakan cikgu kami menyuruh kami untuk tidur semase dalam perjalanan. Ianya sangat berbeza dengan Negara kita yang ada dengan hightway dan jalan pun tidak seteruk di sana. Malahan pula, di sana kenderaan awam mereka adalah motor, sebab itulah jalan mereka sempit, dan kurang kenderaan berkereta. Disana cikgu kami mengedarkan banyak air minuman kerana disana agak kemarau. Tapi nasib berpihak disebelah kami, kerana cuaca di sana adalah cuaca hujan bagi Negara mereka . perumahan di Negara mereka hanya kecil-kecilan, tetepi cara mereka hidup ibaratkan sudah biase. Selain itu, cara pemakaian mereka juga berbeza dengan kita, kerana baju2 di Malaysia agak cantik2 dan bergaya, sedangkan di Negara Indonesia biasa2 shaja.


Persekitaran Bandar mereka tidak bersih dan tidak teratur, ibaratkan mereka sudah biase dengan kampung mereka dipenuhi dengan sampah sarat, air  bertakun dan lain2. Ini amat berbaza dengan Malaysia. Cuba anda semua bayangkan bagaimana mereka dapat hidup dengan situasi begitu, sebabnye mereka hidup dengan bersyukur, ianya yang amat berbeza dengan Malaysia.


Hotel penginapan kami

Tibanya kami didestinasi, kami menginap di hotel Kapuas dharma. Hotel disana sama je kot dengan Malaysia.




 Pada hari keesokannye, sekolah yang pertama kami pergi ialah sekolah SMA NEGERI 7, sekolah itu sekolah yang ke-7 didirikan di Kota Pontianak. Disini mereka menamakan sekolah2 mereka dengan mengikut giliran sekolah yang mana ditubuhkan terlebih dahulu. Disini mereka menyambut kami dengan istimewa . saya merasa bangga kerana kami disambut dengan sehormatnya.
Selepas itu, acara persembahan pancaragam sekolah mereka begitu hebat, dengan uniform mereka yang berwarna-warni dan cara mereka membuat persembahan sangat menarik. Uniform mereka juga berbeza dengan Malaysia.





Pasukan pancaragam Indonesia

Selain itu, bukan pasukan pancaragam sahaja yang membuat persembahan. Pasukan PRAMUKA pun tidak kurang hebatnya membuat persembahan mereka.




Pasukan badan beruniform PRAMUKA



Peskebra

Tidak lupa juga pasukan Palang Merah (Bulan Sabit Merah) yang membuat perbarisan. Cara perbarisan mereka amat berbeza dengan Malaysia atau dipanggil orang Terengganu panggil “kawat”. Selepas itu, mereka menyediakan makanan dan sebagainya. Kami pula ingin berangkat pulang dan kami mengambil gambar dengan pasukan2 badan beruniform di SMA NEGERI 7. Saksi kan gambar kami .. J





Bergambar bersama dengan guru mereka

Bersama dengan badan beruniform di Indonesia


Selepas itu, kami pula pergi ke sekolah SMA NEGERI 3. Aktiviti di sekolah mereka agak berbeza dengan sekolah di Malaysia. Contohnya, di Malaysia terkenal dengan badam beruniform masing2. Di Indonesia terkenal dengan badan beruniform PRAMUKA atau MOST OF THE STUDENT PRAMUKA. Selain aktiviti itu, aktiviti PANKREAS itu singkatan untuk PEKAN KREATIF SISWA. Mereka mengadakan kokurikulum extra, kelas tambahan dan belajar secara berkumpulan setiap akhir tahun. Sekolah SMA NEGERI 3 biase2 shja, so gmbar2 yg menarik kurang ad lah. Just biase2 jew..



Tarian sekolah SMA NEGERI 3

Perbarisan SMA NEGERI 3

Temu ramah budak SMA NEGERI 3


Selain itu, kami pergi ke sekolah SMA NEGERI 1, ketika  kami tiba disana keadaan agak cermas kerana disebabkan hujan. Tetapi, kami disana tetap dilayang dengan baik. Pancaragam mereka agak “mantops”. Walaupun barang2 pancaragam mereka tidak secanggih di Malaysia. Pancaragam disana macam biase ikut Army Style. Konduktor perempuan, konduktur lelaki dan lead konduktur untuk band itu, pakaian pancaragam mereka berwarna –warni dan cantik2, manakala muzik yang dimainkan sedap2, yang paling sedap ialah lagu Malaysia . Pelajar di sekolah itu leboh kurang 800-855 orang. Ada peristiwa yang tidak menyenangkan hati adalah sekolah SMA NEGERI 8 baru didirikan kerana sekolah ini telah terbakar. Selepas itu ditubuhkan pada tahun 1999.










Pasukan pancaragam SMA NEGERI 1


Pada pemerhatian saya, disana kemudahan untuk solat agak susah kerena di sana masjid tidak berapa banyak, ada pun jarang2 dan kecil. Majority orang disana bukan beragama islam, mereka tergolong daripada Suku Kaum Dayak. Kalau ditengokan muka diorang agak Nampak muka orang melayu tetapi disebaliknya mereka non-muslim. Saya sendiri tanya pada mereka. Yang ada pon masjid nie, tgk gmbar di bawah..


Masjid di Indonesia




 Selepas itu, pada 5th, kami semua bergerak ke Kota  Singkawan. Disana kami melihat pelbagai sunset yang cantik2. Tambahanpula, pantai mereka bersih, dikawal rapid an arca karikulatur disana memang menarik. Yang paling menarik ialah kami melihat matahari terbenam, hmm best gilee. Saksikan gambar kami =)













Selepas itu, kami tiba di Tugu khatulistiwa . Bagi mereka yang tiba di sana, mereka akan mendapat sijil kerana disana kita telah melepasi garisan Khatulistiwa.
INILAH GAMBAR2 KAMI SEMASE BERADA DI SANA..








Tugu Khatulistiwa








Tanda anda melepasi garisan Khatulistiwa



Gambar ini yang PENTING !!! heheh J

Kontinjen MALAYSIA
SALAM SAHAJA LAPORAN INI DARI SAYA NUR EMELIA HARTINI BT RUSLAM ~TERENGGANU NELANG~ HUHUHU J